Andai ada sesiapa pernah menonton filem indonesia adaptasi daripada novel karya Andrea Hirata pastinya terpesona. Ya, aku adalah salah satu insan yang terpesona malah terinspirasi dengan karyanya. Bukannya aku pernah membaca novelnya tapi aku menonton filemnya. Nama blog ini aku garap daripada kedua-dua tajuk novel nukilan beliau ini yang mana memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap diriku.
Jarang ada cerita atau filem yang akan aku tonton berulang kalinya dan boleh aku katakan filem ini agak berbeza daripada yang lainnya. Kedua filem ini mengangkat perjalanan hidup seorang budak lelaki bernama ikal. Filem Sang Pemimpi merupakan kesinambungan bagi filem Laskar Pelangi. Filem Laskar Pelangi menceritakan tentang keinginan dan kegigihan mereka yang hidup dalam kesusahan namun sangat mendahagakan ilmu. Ketika banyak sekolah baharu yang dibangun dan skop pelajaran semakin berbeza, namun SD Muhammadiyyah Gantog masih mengekalkan alirannya yang mengutamakan pelajaran agama dalam silibusnya malah hanya sekolah itu yang mampu di duduki oleh golongan miskin. Pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi untuk mengekalkan sekolah ini kerana silibusnya yang dianggap sudah tidak relevan dan kekangan dana yang dihadapi. Dalam hal ini, aku ingin mengangkat satu watak yang tidak kurang penting dalam filem Laskar Pelangi yang merupakan guru disekolah tersebut iaitu Bu Muslimah.

Kata Bu Muslimah "Citaku sebagai seorang guru pak bukan isteri pengusaha" jawab bu Muslimah selepas di asak pertanyaan oleh Pak Harfan. Bu Muslimah dilamar oleh seseorang yang mampu mengubah hidupnya, namun menolak kerana kasih sayangnya pada anak muridnya. Bu Muslimah ini merupakan seorang guru yang sangat berjiwa besar. Beliau sanggup menjadi guru walaupun kadang jarang mendapat upahnya. Memberi semangat kepada anak- anak ini untuk belajar, dan menggunakan pelbagai sumber alam yang ada untuk pembelajaran.
No comments:
Post a Comment