Wednesday, 6 December 2017

mencari motivasi menjadi inspirasi

Aku sedar akan diri seorang yang sangat lemah, mudah patah semangat, mudah bersedih, dan kadang berkecil hati. Atas sebab kesedaran sendiri, maka menjadi keperluan untuk mencari kesembuhan bagi penyakitnya. Menjadi rutin harianku dulu untuk membaca kata-kata motivasi dan inspirasi daripada tokoh-tokoh terkenal dunia. Aku muat turun aplikasi yang mengandungi kata-kata motivasi dan ianya akan ku lihat dahulu setiap pagi setiap hari dan setiap kali kelapangan diri. Aku juga gemar membaca buku motivasi dan dalam banyak buku motivasi yang begitu dekat dengan aku adalah buku "berubah atau kalah" mungkin juga sebab ia di dalam bahasa ibunda, namun isinya padat dengan kata-kata inspiratif yang mengujakan aku. 


Terkadang juga hati ini lemah dan rasa sayu walaupun hanya sedikit teruji. Pastinya kalam Allah adalah penyembuh sejati bersama zikrullah, dalam pada itu muzik juga kadang mampu menstabilkan emosi dan menjana kembali rasa motivasi. Antara lagu yang saya gemar dengar untuk memotivasi antaranya lagu laskar pelangi (nidji) "menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya" ya, pastinya dalam hidup ini terkadang kita merasa hidup tidak adil namun jika dihitung kembali nikmat Allah tu jauh lebih besar, senyum kembali dan syukur ke hadratNya dengan mendengar nota lirik "syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah tetap jalani hidup ini melakukan yang tebaik, Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan kuasanya bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa" lagu oleh d Masiv bertajuk Jangan Menyerah. Berjuraian air mata bila mengingat masalah, tapi jatuhnya air mata selepas mendengar lagu dengan semboyan semangat untuk menghadapi tanpa persoalan dalam hati. Aku dengari lagi lagu Nora bertajuk samudera "Jika tak ku temu kekuatan ku rabit semangat kebangkitan lautan bergelora tidak gentar ku rempuhi pelayaranku biar tenggelam tak melara perjuangganku sinarnya membelah samudera".

..bersambung... 


Sunday, 3 December 2017

Aku kejar pelangi aku juga yang slalu bermimpi

Andai ada sesiapa pernah menonton filem indonesia adaptasi daripada novel karya Andrea Hirata pastinya terpesona. Ya, aku adalah salah satu insan yang terpesona malah terinspirasi dengan karyanya. Bukannya aku pernah membaca novelnya tapi aku menonton filemnya. Nama blog ini aku garap daripada kedua-dua tajuk novel nukilan beliau ini yang mana memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap diriku. 

Jarang ada cerita atau filem yang akan aku tonton berulang kalinya dan boleh aku katakan filem ini agak berbeza daripada yang lainnya. Kedua filem ini mengangkat perjalanan hidup seorang budak lelaki bernama ikal. Filem Sang Pemimpi merupakan kesinambungan bagi filem Laskar Pelangi. Filem Laskar Pelangi menceritakan tentang keinginan dan kegigihan mereka yang hidup dalam kesusahan namun sangat mendahagakan ilmu. Ketika banyak sekolah baharu yang dibangun dan skop pelajaran semakin berbeza, namun SD Muhammadiyyah Gantog masih mengekalkan alirannya yang mengutamakan pelajaran agama dalam silibusnya malah hanya sekolah itu yang mampu di duduki oleh golongan miskin. Pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi untuk mengekalkan sekolah ini kerana silibusnya yang dianggap sudah tidak relevan dan kekangan dana yang dihadapi. Dalam hal ini, aku ingin mengangkat satu watak yang tidak kurang penting dalam filem Laskar Pelangi yang merupakan guru disekolah tersebut iaitu Bu Muslimah. 



Kata Bu Muslimah "Citaku sebagai seorang guru pak bukan isteri pengusaha" jawab bu Muslimah selepas di asak pertanyaan oleh Pak Harfan. Bu Muslimah dilamar oleh seseorang yang mampu mengubah hidupnya, namun menolak kerana kasih sayangnya pada anak muridnya. Bu Muslimah ini merupakan seorang guru yang sangat berjiwa besar. Beliau sanggup menjadi guru walaupun kadang jarang mendapat upahnya. Memberi semangat kepada anak- anak ini untuk belajar, dan menggunakan pelbagai sumber alam yang ada untuk pembelajaran.